PENGENALAN
Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat islam adalah dipelopori oleh alim ulama walaupun sejarah ini cuba dipadamkan oleh kelompok sekular pragmatis yang memerintah umat islam. Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulama dalam menetang penjajahan tidak di dokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulama tidak memperjuangkan kemerdekaan. Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui satu proses yang panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Ulamak-ulamak yang terdahulu begitu berani untuk menegakkan keadilan dan hak mereka sehinggakan sebahagian terbunuh dalam menegakkan kemerdekaan negara. Antara tokoh-tokoh yang ditampilkan adalah Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Tok Kenali. Mereka ini bukan sahaja menegakkan kemerdekaan malahan juga merupakan seorang a...